Ruslan Lancar Gerakan Kemerdekaan Ke 2
2 Ogos, 1999 - Ketua Penerangan PKN, saudara Ruslan Kassim semalam melancarkan "Gerakan Kemerdekaan Ke 2", setelah negara dijajah oleh bangsa sendiri. Dalam ucapannya kepada penduduk Sg. Siput malam tadi, Ruslan menggariskan beberapa intipati dalam gerakan itu, di antaranya, para hadirin adalah juga egen perubahan. Mereka diseru supaya melancarkan gerakan perubahan di sekitar masyarakat terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat handai.
Rakyat juga diseru supaya menjadi ahli kepada mana-mana parti politik dalam Barisan Alternatif (BA) dan menarik lebih ramai sahabat dan taulan supaya menjadi ahli. Selain dari itu, pengedaran risalah dari internet hendaklah diteruskan dalam memberikan kesedaran dan menyampaikan kebenaran setelah media dianggap pembodek dan kaki ampu pemerintah.
Kira-kira 3,000 orang mendengar ucapan saudara Ruslan Kassim di Kampong Bahagia, Sg. Siput, Perak malam tadi.~MR