Mengapa Media Jadi Pengampu?
2 Ogos, 1999 - Media yang dahulunya bersifat menyebar maklumat kini menjadi tali barut kepada kerajaan BN. Mereka berfungsi memburuk-burukkan Barisan Alternatif (BA) sambil mengangkat dan mengampu pemerintah. Justeru itu tidak hairanlah jika Berita Harian menjadi "Berita Hairan" dan Utusan Malaysia menjadi "Utusan Meloya".
Kegagalan media berfungsi sebagai pelapor, sebaliknya bertukar sebagai alat propaganda menyebabkan rakyat mengubah selera kepada berita yang dikeluarkan melalui internet.
Selain dari itu media seringkali mengubah fakta seperti jika berita kehadiran rakyat dalam ceramah kerajaan digembar gemburkan dari 2,500 menjadi 25,000. Manakala di pihak alternatif, media menggambarkan seolah-olah rakyat membenci BA dan menyokong kerajaan. Demikianlah sifat media hari ini.~MR