Edisi Khas: Percayalah, Maha Firaun Akan Tumbang Kali Ini!
Lawatan Maha Firaun ke negeri Perak disambut penuh debaran oleh para pencinta keadilan. Ini adalah kerana negeri Perak yang mempunyai 23 buah kerusi Parlimen adalah antara kubu kuat UMNO selain Johor dan Selangor.
Bagi menjelaskan debaran dalam suasana yang dikatakan gilang gemilang, kerana pastilah Stadium Perak yang kapisiti muatannya seramai 40,000 orang akan bergema dengan pekikan dan laungan "Hidup Mahathir", akan diasak seramai 50,000 orang penyokong UMNO.
Berbagai-bagai pertanyaan yang berada dalam benak fikiran saya, mungkin jua menghantui fikiran para pencinta keadilan dan kebenaran di negeri ini. Maka untuk memastikan mendapat liputan yang tepat, jitu dan berkesan, saya bersama-sama dua orang rakan turun membuat liputan sambutan kehadiran Maha Firaun bertemu rakyat negeri Perak, di Stadium Perak, mulai jam 8.00 malam semalam.
Saya dan rakan tiba agak lewat iaitu jam 9.15 malam. Sangkaan saya ketika itu saya tidak boleh masuk ke dalam Stadium kerana pada waktu perlawanan bola sepak yang begitu ramai penyokong "Kejor Yeop Kejor", maka situasi sebegini tidak dapat dielakkan.
Namun sangkaan kami meleset kerana saya dan rakan dalam masa beberapa minit sudah berada dalam stadium. Waktu itu kumpulan Penari Selendang Perak sedang melenggang lenggok dan kepala Maha Firaun dan Ramli Marcos itu pun turut goyang sama.
Lima minit kemudian, tarian selesai. Sambil meninjau suasana sekeliling saya rasa tergamam juga kerana hampir penuh Stadium Perak itu dengan anggaran manusia berjumlah 30,000 orang ketika itu. Kumpulan orkestra IPSI mengambil giliran membawakan dua buah lagu. Nyanyian mereka tamat jam 9.30 malam sebagaimana jam di scoreboard.
Suasana gamat dan bising tidak dapat dielakkan laksana satu pesta, almaklumlah orang Perak tiada bentuk hiburan macam KL. Maka makcik dan pak cik serta anak cucu ramai-ramai berhimpun di Stadium Perak. Ada yang kali pertama kerana tak pernah datang. Maklumlah jauh. Kali ini mampu datang sebab bas percuma dan makan tanggung.
Sambil memerhati bekas makan 'polistrin' yang bersepah di sana sini, saya beranggapan memang satu pesta sedang berlangsung. Tamat sahaja nyanyian oleh orkestra IPSI, bacaan doa dilakukan. Ini memang tradisi UMNO. Kita semua tahu. Lepas buat maksiat, baca doa.
Jam 9.35, adik angkat Maha Firaun, si Ramli Marcos dijemput untuk memulakan ucapannya. Almaklumlah si pengampu dan pembodek ini memulakan majlis dengan rasa bangga memuji-muji Maha Firaun. Kejayaan ekonomi negara dan kejayaan membasmi kemiskinan di negeri ini ke tahap 4.3 peratus sahaja tahun lalu. Kenyataan Ramli Marcos si Perampas Kekayaan Negeri Perak ini, bercanggah dengan laporan "Utusan Meloya" beberapa minggu lalu yang mengatakan tiada kemiskinan di negeri Perak tahun lalu.
Sambil tidak berapa menghiraukan segala puji-pujian kepada Maha Firaun @ Maha Zalim itu, saya dapati suara Ramli Marcos tenggelam dalam suaran tangisan teriakan dan usikan budak-budak nakal yang berumur sekitar 7 dan 8 tahun. Almaklumlah, Pak Lah "B" dalam perhimpunan UMNO mencadangkan supaya ahli UMNO, "mengUMNOkan" anak-anak dan cucu cicit mereka.
Saya lihat pergerakan manusia tidak dapat dikawal. Ada yang masuk, ada yang keluar. Sambil itu beribu-ribu manusia mula bergerak turun ke bawah dari tingkat atas tempat duduk stadium. Saya sangkakan mereka akan turun memenuhi padang bola, yang sebahagiannya dibina pentas tarian dan pentas VIP di mana Maha Firaun @ Maha Zalim dan kuncu-kuncunya sedang duduk di sana.
Sangkaan saya ada benar dan tidak benar, kerana lebih banyak penonton yang hadir menuju ke pintu keluar daripada memenuhi padang bola. Saya lihat di sekitar pentas itu tidak kurang 3,000 hingga 5,000 orang mengelilingi pentas utama VIP. Ramli Marcos meneruskan ucapannya tentang kejayaan Maha Zalim @ Maha Firaun memulihkan ekonomi.
Akhirnya pada kira-kira jam 9.52, si adik angkat Maha Firaun itu pun menamatkan ucapannya yang saya sendiri tidak begitu mendengar suaranya disebabkan suara pekikan anak-anak menangis dan bermain diselang-seli dengan suara Ramli Marcos, si Perampas Kekayaan Negeri Perak.
Kemudian juruacara mengumumkan bahawa Maha Firaun akan memulakan ucapannya tepat jam 9.55 malam, maka pekikan sorak "Hidup Mahathir" oleh sekumpulan bangsa India dan Cina yang mengelilingi pentas ucapan yang pada masa itu anggaran saya tidak kurang 5,000 orang, walau pun ada lagi di merata padang yang bertaburan di sana sini. Ada yang berjalan, baring di padang, duduk dan berdiri.
3 kali ucapan terima kasih, mendahului kata-kata Maha Firaun yang dihidangkan sebelumnya oleh Ramli Marcos dengan lenggang lengguk 'bontot' penari-penari Selendang Perak. Pekikan "Hidup Mahathir" bergema beberapa kali dan Maha Firaun pun memulakan ucapannya dengan tiada ucapan memuji Tuhan, selawat Nabi dan salam untuk orang Islam.
Saya tak hiraukan ucapan Maha Firaun apabila beliau memulakan ucapannya dengan cetusan kata-kata 'huru hara' kerana tanpa huru hara itu lebih 50,000 berkumpul pada malam ini, kata Maha Firaun, walau pun pada masa itu 40,000 tempat duduk di Stadium yang awalnya dipenuhi kira-kira 30,000 orang sudah tinggal kurang sedikit separuh sahaja. Hanya beberapa ribu masih berada di padang bola dan disekeliling pentas khas.
Selepas huru hara, Maha Firaun menghidangkan kejayaan ekonomi negara yang sudah dipulihkan. Saya masih memerhati sekeliling dengan suara tangisan dan suara kanak-kanak memang mengganggu poerhimpunan ini. Almaklumlah dengan bas percuma, mereka dijemput bawa anak cucu sekali. SB pulak bersepah macam siput babi keluar lepas hujan. Saya sendiri duduk antara dua orang SB yang berjarak 5 kaki kekiri dan kekanan SB-SB Maha Firaun.
Selepas kejayaan ekonomi maka Maha Firaun sentuh PAS dan pembangkang. 'Kununnya' PAS tidak mampu memerintah, kutuk Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor, isu mencarut, Fadzil Noor kata patut pinjam IMF walaupun saya sendiri tak pasti bila Fadzil Noor kata sedemikian.
Kemudian Maha Zalim itu sogok lagi 'yeop' dan 'yong' yang datang dengan kata-kata SHIT dan isu mencarut. Meleret-leretlah Maha Firaun tu mengutuk PAS. Dah Puas dikutuk pulan KeADILan. Kutuk Barisan Alternatif dan pakatan mereka yang tak mungkin memerintah, kata Maha Zalim lagi.
Ketika sepanjang 1 jam Maha Zalim berucap saya dapati sedikit demi sedikit orang berjalan keluar, seolah-olah tiada berlaku apa-apa di pentas khas, melainkan seperti suasana pasar malam dengan jeritan orang menjual ubat. Akhirnya 15 minit sebelum jam 11.00 malam, saya dapati 40,000 tempat duduk Stadium Perak, boleh dibilang dengan jari dan anggaran saya tidak lebih 4,000 orang dan seramai itulah yang berada dipadang bola dan kumpulan dipentas khas tadi juga sudah berkurangan kepada separuh dari yang asal.
Sempat saya mendengar Maha Firan berkata, di dalam internet mereka memanggil saya Maha Firaun dan Maha Zalim, katanya. Rakyat yang hadir menyambut ucapan itu dengan ketawa. Apakah mereka ketawakan Maha Zalim? Saya tidak pasti. Kira-kira lima minit jam 11.00 malam saya sudah keluar kerana saya ada tugas khas, iaitu untuk membilang berapa buah baskah yang ada beroperasi mengangkut pembodek dan kaki ampu Maha Zalim.
Dari luar saya mendengar ucapan Maha Zalim hampir tamat. Ucapan Maha Zalim berakhir jam 11.00 malam menurut rakan saya dan ketika itu saya sudah memulakan operasi membilang bas sekolah dan bas kilang serta lain-lain bas. Saya mengambil masa 25 minit untuk keliling Stadium dan berjaya membilang sebanyak 292 buah bas muatan kira-kira 40-50 orang. Tidak kurang 50 buah bas lagi berada dalam kawasan Stadium Indera Mulia tidak dapat saya pastikan kerana laluan tidak mengizinkan.
Kami pulang kira-kira jam 11.30 malam dengan beranggapan tidak kurang 350 buah bas membawa penyokong dan pembodek Maha Firaun dari seluruh ceruk rantau negeri. Waktu rakan-rakan saya keluar pada jam 11.00 malam dan ketika itu Maha Firaun pun menamatkan ucapannya, hanya dianggarkan tidak lebih 5,000 - 8,000 orang sahaja yang berada dalam Stadium Perak. Menurut teman saya, Maha Firaun kembali ke kerusi VIP dengan langkah longlai kerana tempat duduk Stadium hampir kosong!
Demikianlah berakhirnya ucapan Maha Firaun sempena lawatannya ke negeri Perak Darul Ridzuan. Pakatan Maha Firaun dan Ramli Marcos terjana melalui beberpa projek mega tajaan negeri Perak yang diberikan kepada MRCB. Kerana itu saya berpendapat MRCB itu ialah Mahathir Ramli Cekau Berbilion.
Maklumat yang saya terima juga mengatakan bahawa kemungkinan Maha Firaun akan memotong jadual lawatannya dan membatalkan upacara pecahtanah pembinaan sekim perumahan kos rendah di Bercham Raya.
Saya berpandangan dengan paksaan dan khidmat bas percuma serta penglibatan sejumlah belas ribu kanak-kanak yang nyata tak boleh mengundi, pasti Maha Firaun dan Ramli Marcos itu dapat ditewaskan dalam pilihanraya Umum akan datang. Saya sendiri beberapa kali hadir dalam ceramah Dato' Hassan Ali menyaksikan kehadiran tanpa pengangkutan, makan minum dan elaun RM20, sebaliknya keluar pulak beringgit-ringgit, komitmen rakyat terhadap Barisan Alternatif jauh lebih baik.
Wahai rakan seperjuangan, percayalah jika demikian ukurannya, UMNO memanglah parti yang tidak relevan lagi. Kerajaan baru bakal memerintah selepas pilihanraya umum dan Maha Zalim itu akan kita tangkap dan dakwa atas penyelewengan kuasa dan rampasan harta rakyat. Marilah kita berusaha dan panjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga kali ini kejayaan memihak kepada kebenaran.
TAKBIR!!!!