T-Shirt, CAP, RM20
3 Ogos, 1999 - Maklumat yang sampai ke pengetahuan Minda Rakyat bahawa perhimpunan UMNO di Stadium Perak terhias dengan amalan rasuah yang sudah menjadi darah daging para pemimpin parti itu.
Sehelai baju T, cap dan RM20, adalah sogokan kepada orang kampong untuk turut serta dalam perhimpunan yang berhajat mengumpulkan seramai 50,000 orang. Selain itu, pengangkutan bas percuma dengan bayaran khidmat sebuah bas RM200 diadakan untuk kemudahan pengangkutan dari seluruh negeri.
Maklumat paling sahih, pada suatu masa, perhimpunan kira-kira 30,000 orang itu bertukar kurang 10,000 setengah jam sebelum PM Mahathir menamatkan ucapannya. Tempat duduk penonton didapati 'lengang' kira-kira 15 minit sebelum Maha Zalim itu menantkan ucapannya.~MR