Ketua UMNO Cawangan Ganggu Majlis

3 Ogos, 1999 - Minda Rakyat menerima maklumat bahawa seorang ketua cawangan sekurang-kurangnya terlibat dengan aktiviti negatif, seperti mengganggu ceramah Barisan Alternatif (BA) di Lembah Kinta. Beliau yang dimaksudkan ialah Haji Jamaluddin Amir bin Abdullah, Ketua Cawangan UMNO Jelapang Jaya.

Beberapa minggu lalu Minda Rakyat pernah menyiarkan maklumat bahawa sepanduk ceramah PAS di kawasan Manjoi, dicabut dan dikoyak-koyakkan oleh pihak tertentu. UMNO melalui gerakkan komandonya berjaya dibuktikan bahawa merekalah pencetus suasana 'huru hara' dalam politik negara ini.

Dalam kejadian berasingan, Haji Jamaluddin Amir dikatakan menumbuk dua orang pemuda yang mahu membetulkan bendera UMNO yang jatuh ke tanah. Sangkanya merekalah yang mencabut bendera itu, tanpa berfikir panjang terus melepaskan beberapa penumbok ke muka kedua pemuda itu dan mencederakan mereka.

Kejadian ini berlaku di Jelapang, beberapa minggu lalu.~MR