Majoriti Penduduk Manjoi Sertai PAS/KeADILan

3 Ogos, 1999 - Manjoi yang merupakan kubu kuat UMNO suatu ketika dulu, kini berubah era apabila kawasan yang berada di bawah ADUN Manjoi, Haji Nazri Ismail, itu telah ditawan PAS dan KeADILan.

Beberapa siri ceramah mega yang dihadiri oleh puluhan ribuan manusia dengan angka kehadiran tertinggi sewaktu pelancaran KeADILan Perak oleh DSWA satu setengah bulan lalu, mencatat perubahan mengejutkan dengan kehadiran kira-kira 40,000 orang..

Jika sepuluh tahun lalu, PAS dianggap parti 'gila' oleh orang Melayu Manjoi, yang merupakan kaum yang menguasai sepenuhnya beberapa kampong seperti Sg. Tapah, Tengku Husin Baru dan Lama, Kg. Dato' Ahmad Said, Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan I dan II. Kehadiran ke ceramah PAS waktu itu tidak lebih 20 orang dan pernah dikatakan tiada kehadiran langsung.

Semenjak arus kebangkitan rakyat kira-kira 10 bulan lalu, penduduk Manjoi kini menerima PAS dan sebahagiannya telah menyertai KeADILan. Kesungguhan ini menyaksikan rakyat sebenarnya mahu menghukum pemimpin yang zalim diketuai oleh si Maha Zalim!~MR