UMNO Cuba Sogok Penduduk Wujudkan PAS Baru

4 Ogos, 1999 - Minda Rakyat mendapat maklumat bahawa wujudnya kegiatan cuba memecah belah perpaduan orang Islam khususnya penyokong PAS supaya merealisasikan kenyataan bahawa PAS sudah berpecah, dengan mengujudkan PAS Baru.

Kegiatan itu ditaja oleh UMNO Bahagian Sabak Bernam yang sanggup memberikan sogokan wang kepada mereka yang dipelawa menjalankan kerja terkutuk itu. Namun penduduk Islam di sana menolak dengan mengatakan bahawa tidak sanggup lagi untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang kini pro kepada BN dan BA.

Namun maklumat yang diterima tidak cukup buat Minda Rakyat mendedahkan identiti sebenar penaja, dan talibarut atau dalang yang mengarahkan perkara sedemikian. Jikan anda mempunyai maklumat, atau terlibat dalam tawaran ini, sila maklumkan supaya penyelewengan ini didedahkan kepada rakyat jelata.~MR