UMNO Keluarkan Buku Komik Fitnah

4 Ogos, 1999 - Perang saraf UMNO untuk piliharaya kali ini telah pub bermula dengan terbitnya satu Komik Fitnah yang bertajuk P.O.P (ISBN 983-2186-00-5). Komik ini penuh dengan cercaan serta kutukan yang tidak berserta dengan bukti yang kukuh. Komik ini ditujukan kepada Parti PAS yang mana semua agenda yang ditulis didalamnya berbaur cercaan kepada PAS dan pimpinannya.

Komik ini diterbitkan oleh RUMPUN MEDIA Sdn Bhd (399647 V) beralamat di:-

31-1 Jalan E1, Fasa 4
53100 Taman Melawati
Kuala Lumpur
Tel: 03-4242100
Faks: 03-4244100
Emel: rumedia@tm.net.my

Manakala percetakan komik tersebut telah dilakukan oleh MS Press Sdn Bhd

Minda Rakyat dengan ini menyeru pihak kerajaan mengambil satu tindakan terhadap penerbit komik ini yang secara terang-terangan melakukan cercaan terhadap PAS. MR juga mencadangkan agar para peguam dari parti alternatif supaya cuba meneliti kandungan komik tersebut dan melakukan sesuatu melalui tindakan undang-undang.

Kulit buku yang dimaksudkan itu seperti paparan berikut:

Komik Fitnah


Maklumat diperolehi daripada:
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh