Hamid Othman Kena Jelaskan Dulu
5 Ogos, 1999 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Hamid Othman perlu terlebih dahulu menjelaskan konsep mufaraqah dalam amalan sembahyang, sebelum mengambil apa-apa tindakan termasuk menggembar-gemburkan isu sembahyang dua imam di beberapa bahagian dalam negara ini.
Menteri itu lebih senang mengelirukan rakyat yang mengharapkan kerajaan akan menyatakan pendirian sebenar tentang sembahyang dan konsep mufaraqah yang terkandung sebagai salah satu dari konsep dan falsafah sembahyang.
Tuduhan yang dibuat, tanpa penjelasan adalah tidak adil kepada rakyat yang jahil tentang konsep ini hingga akhirnya menimbulkan suasana huru hara dalam negara ini. Pala ulama UMNO yang lain juga membisu solah-olah tiada apa yang berlaku. Minda Rakyat hari ini mencabar Pak Hamid supaya menerangkan konsep mufaraqah sebagaimana anjuran Islam.~MR