Tak Perlu Terima Kasih Pada UMNO
5 Ogos, 1999 - Nikmat pembangunan serta kemudahan asas kan menjadi tanggungjawab pemerintah yang memerintah sesebuah negara. Setelah 42 tahun memerintah negara ini, adalah benar UMNO telah membawakan sumbangannya kepada rakyat.
Namun itu bukanlah ukuran yang mengatakan rakyat mesti berterima kasih kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaanlah yang patut berterima kasih kepada rakyat kerana membenarkan mereka melakukan apa sahaja termasuk mengaut harta negara ini mengikut sesuka hati mereka dalam 42 tahun era pemerintahan UMNO di negara ini.
Justeru itu rakyat digesa menolak UMNO, kerana kezaliman dan ketidakadilan kerajaan pemerintah membela rakyat. Mereka sebaliknya lebih senang membela kroni dan kuncu-kuncunya.
Saranan ini dibuat oleh saudara Tian Chua, Naib Presiden KeADILan, dalam sesi ceramah dan penerangan kepada rakyat di Chemor, Perak, malam tadi.~MR