1,000 Keluarga Bukit Merah Tidak Dibela

5 Ogos, 1999 - Tradisi membela rakyat, yang menjadi manifesto parti UMNO dalam sesi piliharaya tahun lalu, hanya tinggal kenangan, apabila 1,000 buah keluarga tidak dibela malahan dibiarkan begitu sahaja oleh Tan Sri Ramli Marcos, dalam keadaan ancaman bahawa rumah akan tenggelam di Bukit Merah, Ipoh.

Beberapa kejadian tanah jerlus seringkali berlaku dalam kadar yang perlahan memendapkan rumah mereka sejak awal 1980 an lagi. Ada yang mengalami  tanah jerlus sehingga 24 kaki dalam.

Menurut penduduk Kg. Baru, Bukit Merah, punca tanah jerlus ini ialah aktiviti sebuah lombong kering berdekatan yang masih beroperasi. Mereka menembak air ke kaki bukit hingga semua air itu akan melonggarkan struktur tanah di sekeliling lombong kering yang begitu dalam. 

Kerajaan negeri Perak menghantar 2 orang pakar untuk melakukan pemeriksaan, tetapi belum pun menjelaskan siasatan mereka setelah 10 tahun berlalu. Inilah antara kezaliman yang ditolak oleh rakyat dan penduduk Kg. Baru berkenaan pernah membuat bantahan secara berdemo beramai-ramai beberapa minggu lalu, di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat MB Perak.~MR