Kerajaan Perak Tidak Mahu Lulus Tanah Lot
5 Ogos, 1999 - Kini kerajaan negeri Perak untuk tidak lagi mempertimbangkan pemberian tanah lot tapak perumahan, sebaliknya akan melaksanakan sekim perumahan bercampuran anjuran agensi kerajaan atau pihak swasta.
Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dalam tahun 1997 dan didedahkan oleh seorang exco yang namanya tidak mahu disiarkan. Keputusan ini adalah merujuk kepada keengganan kerajaan negeri melaksanakan kos infrastruktur Rancangan Perkampongan Tersusun yang tertangguh lebih 149 sekim semuanya.
Kos itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM145 juta bagi membina prasarana dan kemudahan asas seperti longkang, parit air dan jalan tar.~MR