Kerana 2 Peristiwa, Ramli 'Marcos' Tidur Tak Lena!

6 Ogos, 1999 - Semasa menyambut kedatangan Maha Firaun ke negeri Perak, berbagai persiapan dibuat untuk keselesaan diktator nyanyuk itu oleh Ramli 'Marcos' (RM). Apa lagi dalam keadaan terdesak kerana mahu sepenggal lagi 'kununnya' berjuang untuk mengaut harta negeri ini ke kantungnya, maka pelbagai acara diadakan sehingga lima atau enam acara dalam lawatan 2 hari oleh Maha Firaun ke negeri ini.

Minda Rakyat ingin membawa pembaca merenung 2 peristiwa yang selama hayatnya Ramli Marcos tidak akan dilupakan  kerana ia membawa petaka bahawa beliau kerana ia adalah petanda bahawa beliau sudah tidak relevan lagi. Selepas ini, para wanita UMNO bolehlah menghadiri pameran melelong pakaian Datin Seri Nora termasuk yang luar dan dalam dan mintalah mana-mana pihak jangan bersetuju untuk menjadikan kediaman resmi menteri besar itu sebagai hadiah atau dibeli pada kadar murah kerana jasanya.~MR