Dimalukan Di Lapangan Terbang
6 Ogos, 1999 - Ramai VIP kecewa termasuk barisan exco negeri Perak dalam kejadian yang tidak diduga pagi malang 2 Ogos, 1999. Maha Firaun tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, kira-kira jam 9.00 pagi. Ramailah barisan pimpinan UMNO negeri menunggu di bilik menuggu VIP.
Namun kerana kawalan yang diberikan untuk Maha Firaun terlalu ketat oleh pasukan polis, maka ramai VIP tak dapat masuk bilik tersebut. Ramli Marcos dan para exconya menyambut Maha Firaun mengikut tradisi kebiasaan.
Apabila Maha Firaun sudah mahu beredar ke acara seterusnya, Ramli Marcos menunjukkan kereta yang menunggu di perkarangan Lapangan Terbang di mana hanya VIP dan exco sahaja yang ada di situ. Sebaliknya Maha Firaun dengan angkuhnya, terus berjalan menuju ke kereta Perdana di mana isterinya menunggu di situ yang datang menaiki kereta sahaja.
Maka tersipu-sipulah si Ramli Marcos. Muka selamba, malu tak malu, tetapi di malukan di hadapan para pimpinan UMNO dan barisan exco negeri ini!!.~MR