Ramli Kena Tinggal!!
6 Ogos, 1999 - Semasa hendak menghadiri majlis bersama parti komponen di Dewan Bandaran Ipoh, Ramli Marcos perlu menjemput Maha Firaun yang berada ketika itu berada di Hotel Causarina, Ipoh. Dalam jadualnya Ramli Marcos akan menjemput Maha Firaun jam 2.45 petang di hotel tersebut.
Entah bagaimana samada semua jam lewat, atau jam Maha Firaun sendiri yang cepat, 'kununnya' jam 2.45 petang, Ramli Marcos masih belum sampai-sampai. Maka Maha Firaun pun keluar dengan iringan kereta peronda polis menuju ke Dewan Bandaran, Ipoh.
Sampai di sana, Maha Firaun disambut oleh pemimpin parti komponen BN seperti Lim Kheng Yeik, Lim Liong Sik dan beberapa pemimpin lain. Hanya setelah Maha Firaun melangkah masuk maka barulah si Ramli Marcos tiba. Maka kenalah dua kali tersipu-sipu dan malu di depan para pemimpin, menteri dan exco serta para wartawan yang hadir.~MR