Usah Berangan!!!

8 Ogos, 1999 - Kenyataan Datuk Anuar Musa memperlekehkan derma jihad di kalangan penduduk Islam Kelantan melalui sumbangan mereka  ke dalam "Tabung Serambi Mekkah" yang juga menerima sumbangan bulanan Tuan Guru Nik Aziz, benar-benar membuktikan UMNO dan Kerajaan BN tidak mahu membela nasib rakyat.

Sehubungan dengan itu, rakyat Kelantan harus menyedari bahawa pemimpin serakus Anuar Musa tidak layak untuk dipilih sebagai pemimpin kerana hanya tahu mengkritik Kerajaan PAS Kelantan, dan sebenarnya mereka tidak mahu menyumbangkan derma jihad, sebagaimana yang dilakukan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Justeru itu, UMNO bukan sahaja dilihat tidak mahu memperjuangkan Islam, namun lebih jelas juga perjuangan mereka tidak mahu membela nasib rakyat.~MR