UMNO Di Ambang Kehancuran
9 Ogos, 1999 - Di kalangan ahli UMNO kini, sudah terbukti kekuasaan Maha Firaun itu mahu menguasai keseluruhan bidang hinggakan peringkat cawangan UMNO sekali pun Maha Firaun masih mahu menentukan barisan pimpinan yang diterajui.
Ini terbukti apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman 'diarah' menarikbalik keputusan membuat pindaan barisan kepimpinan pergerakan Wanita UMNO itu secara terhormat iaitu dengan PM Maha Firaun itu mengumumkan pembatalannya.
Jika selama ini orang UMNO menganggap rakyat Malaysia yang lain berasa cemburu kepada 'bos mereka' si Firaun itu, maka satu pelajaran mereka perolehi kerana demokrasi sebenarnya sudah tidak wujud lagi, hatta dalam UMNO sendiri sekalipun..
Khabarnya dalam tiga kumpulan Pergerakan Wanita UMNO, sudah ada risikan segolongannya akan keluar parti menyertai Barisan Alternatif. Apabila pengumuman ini berlaku UMNO akan lebih teruk lagi!~MR