Lim Liong Sik Beri Isyarat Kepada Mahathir!

9 Ogos, 1999 - Kenyataan Datuk Seri Lim Liong Sik bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusinya selaku Pengerusi MCA penggal ini merupakan satu tamparan hebat kepada PM Maha Firaun @ Maha Zalim. Berita itu disiarkan secara meluas melalui media perdana kerajaan.

Menurut Lim, beliau akan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda untuk menerajui kepimpinan MCA. Jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Lim tidak tamak seperti Maha Firaun @ Maha Zalim @ Maha Thir. Walau pun sudah berjaya memperolehi kekayaan dan kemewahan selama beliau menyandang pengerusi MCA, hasrat beliau melepaskan kerusi itu membayangkan bahawa beliau juga memberikan peluang kepada orang lain.

Kenyataan Lim akhir-akhir ini merupakan sindiran kepada PM Maha Thir @ Maha Firaun @ Maha Zalim itu. Sebelum ini beliau pernah menyatakan bahawa perumpamaan ikan ialah apabila kepalanya busuk, maka seluruh anggota badannya busuk. Kenyataannya itu secara sinis bahawa PM Mahathir sudah busuk dan membusukkan kepimpinannya.

Kenyataan Lim nampak ada benarnya apabila beliau sendiri tidak akan bertanding kali ini. Berlainan dengan PM Mahathir, walaupun pernah mengatakan bahawa beliau akan berundur jika rakyat mahu beliau berbuat demikian, namun setelah sekian lama menunggu, beliau terus memberikan pelbagai alasan untuk terus berkuasa.

Maklumat diterima juga pernah menyatakan bahawa Lim tidak berapa setuju dengan Maha Zalim @ Maha Firaun kerana berkuasa secara keterlaluan!~MR