Apa Sebenarnya Jadi Masalah
9 Ogos, 1999 - Menurut beberapa pemerhati politik tempatan, bahawa senario politik negara kita sedang terjebak dalam dua situasi yang kian memberat; iaitu menghadapi kerakusan seorang manusia yang tamakkan kuasa (lalu di gelar Maha Firaun) dan menghadapi kezaliman semasa dalam pemerintahannya.
Akibat dari kekuasaanya yang begitu kebal, beliau telah menggunakan segala pengaruh dan kuasanya bagi memperkayakan diri dan keluarga, anak pinak dan kroni-kroninya. Dan dengan kekebalannya juga maka setiap perubahan yang dilakukannya adalah bertujuan untuk memartabatkan dirinya terus di persada peneraju pemerintahan negara ini, sekaligus menafikan bahawa tiada seorang insan lain yang layak untuk menjawat jawatan yang bergelar Perdana Menteri itu.
Selain dari itu, beliau cukup kejam dalam pengekalan kuasanya. 3 orang Timbalannya telah beliau 'bunuh' kerja politik mereka termasuk DSAI, yang mahu dibunuh jasadnya sekali dengan cara disiksa di dalam penjara. Kezaliman yang beliau lakukan adalah terhadap ahli UMNO sendiri, namun masih ada ahli UMNO yang masih belum mahu sedar gara-gara kezaliman itu.
Rakyat Malaysia diseru supaya bersatu hati menolak kekejaman Maha Firaun dan barisan exconya. Pujian sebaliknya harus diberikan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Lim Liong Sik yang sanggup menyerahkan jawatannya agar dipimpin oleh generasi muda lagi terbilang. Sikap kepercayaan kepada orang lain merupakan satu 'hemah tinggi' seorang pemimpin itu. Sebaliknya ketamakan dan kerakusan untuk terus berkuasa melambangkan kejelekan, kehinaan dan kerendahan martabat, imej, nama dan moral seseorang khususnya yang kini digelar Maha Firaun!!~MR