Ku Li Kini Akui Kekuatan PAS, Dan Betapa Lemahnya UMNO
10 Ogos, 1999 - Semasa berucap di Gelang Patah, Johor semalam, Tengku Razaliegh disifatkan sebagai berkata, "Saya akui PAS kuat tetapi kuat kerana UMNO lemah dan berpecah. Tapi kita yakin dengan perpaduan yang ada kini, kita mampu menawan semula Kelantan,".
Katanya, walaupun PAS kini nampak kuat, UMNO akan dapat mengekalkan kuasa dan
pengaruhnya sebaik sahaja seluruh jentera pilihan rayanya digerakkan.
Razaleigh berkata PAS mengambil kesempatan kegawatan ekonomi dan politik negara
untuk mengembangkan pengaruhnya sedangkan kerajaan berusaha keras memulihkan
ekonomi dan mengekalkan kestabilan yang sedia ada.
Walau pun tidak yakin bahawa PAS akan memenangi sejumlah 97 kerusi untuk membolehkan PAS berkuasa, namun pakatan Alternatif akan memberikan nafas kelegaan kepada PAS untuk mengetuai sebuah Kerajaan Alternatif, selepas pilihanraya umum akan datang. Rakyat tidak seharusnya keliru dengan dakyah Ku Li bahawa UMNO akan mampu kembali berkuasa di Kelantan.~MR