11 Ogos, 1999 - Kezaliman kerajaan BN dan kebimbangan terhadap sokongan yang kian merudum menyebabkan mereka bertindak di luar kebiasaan. Jika biasanya pihak polis merupakan 'harapan' mereka untuk mendapatkan undi dan sokongan, kini pasukan polis juga menjadi mangsa kerakusan para pemimpin UMNO dan pimpinan kerajaan BN.
Maklumat yang diterima mengatakan warga polis diberi amaran supaya tidak mengikuti siri ceramah parti alternatif yang tumbuhnya seperti cendawan lepas hujan. Jika dahulunya para SB dan polis bebas mengikuti ceramah PAS dan KeADILan, kini hanya yang bertugas sahaja dibenarkan dengan tujuan memberikan laporan kepada pihak tertentu.
Krisis sokongan terhadap UMNO begitu memuncak sekali selepas pemecatan DSAI kira-kira 11 bulan yang lalu, dan sokongan itu disusuli dengan gerakan reformasi negara yang dipelopori oleh pemimpin sanjungan rakyat Malaysia itu.
Golongan pertengahan masyarakat Malaysia, terutamanya kakitangan awam adalah sebahagian besarnya menyertai gerakan ini, termasuk pasukan polis dan tentera.~MR