11 Ogos, 1999 - Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Perak, Ramly Zahari mengeluarkan kenyataannya melalui Utusan Meloya semalam menyatakan bahawa kehadiran PM Maha Firaun ke negeri ini menjadi pemangkin kepada gerakan kebangkitan UMNO Perak. Beliau juga menyatakan dengan kehadiran itu, sikap rakyat terhadap pembangkang telah berubah. Ini katanya, dapat dilihat melalui kehadiran yang biasanya 'hebat', kini cuma tinggal hanya 50 peratus sahaja.
Minda Rakyat ingin mencabar Ramly untuk membuktikan kata-kata beliau yang jelas berbohong dan berdusta. Jelas di mata rakyat negeri ini bahawa selepas kehadiran Maha Firaun sokongan rakyat jatuh lebih teruk lagi. Hingga ke hari ini masih hangat diperkatakan bahawa Maha Firaun itu berucap kepada diri sendiri, setelah hampir kesemua hadirin hari tersebut memulaukan majlis yang belum tamat dan pulang lebih awal.
UMNO Perak menjadi lebih 'terancam' selepas kehadiran Maha Firaun ke negeri ini setelah Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak, Ramli 'Marcos' sudah dimalukan oleh Maha Firaun sendiri di hadapan para exco dan orang kenamaan negeri ini.~MR