Kenalilah Dataran Mat Sabu

11 Ogos, 1999 - Kepada para pencinta keadilan dan para penyokong parti alternatif negeri ini, terutamanya penyokong PAS, mereka sudah menerima "Mohamed Sabu" yang suatu masa dahulu dikatakan memperkenalkan ucapan yang 'keras' terhadap pemimpin UMNO.

Justeru itu, medan perhimpunan ceramah parti alternatif di Kg. Sg. Tapah, Ipoh, mendapat gelaran jolokan sebagai "Dataran Mat Sabu", dan menerima kunjungan tertinggi mencecah 45,000 orang sewaktu pelancaran parti KeADILan bulan Jun, 1999 lalu.

Mat Sabu begitu popular dan akan terus diminati oleh penyokong parti alternatif kerana berjaya menghidupkan suasana kebangkitan rakyat secara 'realiti'. Rakyat lebih bersemangat mendengar ucapan beliau dalam menangkis hujah palsu dan pembohongan para pemimpin UMNO, hatta dari PM Maha Firaun sendiri. Rakyat juga pada kebiasaannya akan terus menunggu hingga lewat 12 malam, iaitu waktu yang dibenarkan untuk berceramah.

Dataran Mat Sabu merupakan pemangkin kebangkitan rakyat negeri Perak terhadap parti alternatif, dan menjadi 'tusukan' yang berbisa kepada kubu UMNO DUN Manjoi, kerana sepuluh tahun lalu, ceramah yang sama pernah dihadiri oleh 40 orang sahaja!!~MR