JPA Laksanakan Gabungan Jabatan Kerajaan

11 Ogos, 1999 - Keputusan kerajaan menggabungkan Jabatan Galian dan Jabatan Kajibumi menjadi satu Jabatan baru dikenali sebagai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, adalah bukti bahawa kerajaan sudah tidak mampu lagi mempertahankan kemelesetan ekonomi sekarang.

Penggabungan yang berkuatkuasa mulai 1 Julai lalu, sebagai langkah menyelamatkan kedua-dua jabatan dari terus ditutup kerana fungsi dan pulangan yang kian menurun. Penggabungan ini langsung tidak mendapat perhatian media kerana boleh mendatangkan 'malu' dan kejatuhan moral kerajaan di mata rakyat.~MR