11 Ogos, 1999 - Kerajaan Negeri Perak dijangka akan meluluskan satu lagi gelanggang lumba kuda dan meneruskan aktiviti perjudian di negeri ini sedikit masa lagi. Gelanggang seluas 203 ekar itu akan dibina oleh AMZ Corporation Sdn. Bhd. yang akan merangkumkan perlaksanaannya dalam satu sekim pembangunan bercampur di Lembah Kinta.
Projek gelanggang lumba kuda ini akan dibina di atas tanah seluas 1,000 ekar, di Jalan Ipoh - Chemor, kira-kira 12 kilometer dari bandaraya Ipoh. AMZ Corporation Sdn. Bhd. dijangka akan membina 2,650 unit rumah di dalam pembangunan bercampur ini.
Kelab Lumba Kuda Perak akan menggantikan Kelab Lumba Kuda Ipoh, sebaik sahaja projek ini dilaksanakan kelak. Dengan perlaksanaan gelanggang lumba kuda yang baru ini, maka Kerajaan Negeri Perak bergerak maju ke alaf baru dengan menyemarakkan kemungkaran dan menggalakan perjudian.
Perak sebelum ini terkenal dengan gelanggang lumba kuda Polo Ground di Jalan Tambun, I poh. Sebuah hotel (Heritage Hotel) diluluskan pembinaannya berhampiran gelanggang ini sebagai menampung kedatangan para penjudi dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Justeru perlaksanaan gelanggang lumba kuda kedua di Lembah Kinta ini, membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak lagi merasai kesensitivian umat Islam dan tidak berasa malu meneruskan projek maksiatnya.~MR