11 Ogos, 1999 - Dengan terlaksananya projek Gelanggang Lumba Kuda di Jalan Ipoh - Chemor sedikit masa lagi, penduduk sekitar gelanggang tersebut akan terdedah kepada bahawa penyakit Japenese Enclyphatis (JE).
Jarak 2 km yang pernah menjadi ukuran kemaraan wabak JE yang melanda negara sedikit masa lalu, dijangkakan akan melanda kampong-kampong orang Melayu, China dan India seperti Taman Klebang, Kg. Ulu Chepor, Kg. Kuala Kuang, Kg. Batu Sembilan, pekan Chemor dan sekitarnya.
Bukan sahaja lokasi pembinaan yang tidak sesuai, gelanggang ini merancakkan aktiviti perjudian di negeri ini yang pasti akan mendapat tentangan penduduk Islam.~MR