Negeri Akan Terima Bala, Jika Teruskan Kemungkaran

11 Ogos, 1999 - Penduduk negara ini akan terus dilanda 'bala Allah' jika merestui dan merencanakan hingga jayanya projek maksiat yang bercanggah dengan perintah Allah. Kenyataan ini diberikan oleh seorang tokoh ugama negeri yang enggan namanya disiarkan.

Sehubungan itu, umat Islam mesti menyatakan pendirian mereka berhubung satu-satu projek yang bertentangan dengan perintah Islam, katanya. Mereka mesti memulakan penentangan itu dengan tangan (kuasa) mereka, dengan perkataan mereka atau dengan hati mereka. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman, kata tokoh itu lagi.~MR