Jatuh Sakit Apabila Ketahui Akan Tersingkir

12 Ogos, 1999 - Angin yang bertiup kencang selepas lawatan Maha Firaun ke negeri Perak beberapa minggu lalu menyatakan bahawa beberapa orang ADUN dan AP akan tersingkir dan tidak akan dipilih kembali.

Antaranya ialah Haji Husni Hanadzlah, AP Tambun yang dahulunya bersama Ramli 'Marcos' adalah kem DSAI semasa beliau dalam UMNO. Akibatnya Maha Firaun tidak dapat menerima mereka. Terjadinya insiden yang memalukan Ramli 'Marcos' di hadapan para exco dan VIP negeri ini 'segala dirancang' oleh Maha Firaun itu dalam isyaratnya untuk memberitahu bahawa beliau tidak diperlukan lagi.

Amat malang selepas mengetahui secara tidak resmi akan penyingkiran ini, Haji Husni Hanadzlah AP Tambun itu jatuh sakit beberapa hari.~MR