12 Ogos, 1999 - Rakyat jelata diingatkan bahawa lesen judi, arak dan lain-lain yang berbentuk maksiat akan sewenang-wenangnya diluluskan, jika BN berkuasa kembali selepas pilihanraya umum negara akan datang.
Buktinya amat jelas kerana ketika ini kerajaan negeri sedang dalam pertimbangan untuk meluluskan sebuah padang lumba kuda yang merupakan aktiviti perjudian paling popular di negeri ini. Para penjudi kebiasaanya datang ke bandaraya Ipoh dari Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Singapura.
Maklumat yang diterima beberapa hari lalu amat meyakinkan bahawa aktiviti maksiat ini akan diteruskan jika BN terus memerintah. Rakyat segera perlu sedar bahawa gesaan ini adalah untuk kepentingan bangsa dan ugama secara total, bukan bermotif politik semata.~MR