Benarkah Berita Ini?

13 Ogos, 1999 - Beberapa hari lalu Minda Rakyat membaca berita kemalangan jalanraya yang melibatkan Tan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS. Pada mulanya tidak terfikir apakah yang menyebabkan kemalangan tersebut kerana ia perkara biasa yang berlaku ke atas sesiapa sahaja.

Namun setelah mendapat maklumat tidak rasmi yang menyatakan kemalangan tersebut di'rancang' pihak tertentu yang bukan sahaja mahu memusnahkan 'riwayat' tuan guru itu, tetapi akan berkisar kepada para pemimpin lain PAS. Jika benar berita yang diterima ini, maka Minda Rakyat berhak untuk mensyaki pihak yang terbabit, iaitu mereka yang tidak senang hati melihat perkembangan Islam dan perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi ini.

Jika kita pernah mendengar suatu masa dahulu di mana ketika itu DSAI masih dalam UMNO, beliau beberapa kali hampir terjebak dalam kemalangan yang melibatkan nyawanya. Sesungguhnya kita perlu lebih berwaspada terhadap musuh Islam, yang nampaknya sama warna kulit, citarasa, pertuturan dan budayanya. Hanya yang membezakan, mereka itu jelas kemunafikannya dan menentang Islam dalam diam!~MR