13 Ogos, 1999 - Minda Rakyat meminta Datuk Dr. Hassan Ali dan Datuk Harun Din, dua orang tokoh PAS yang amat popular di kalangan pejuang Islam negara ini supaya lebih berwaspada dengan keselamatan diri masing-masing. Saranan ini dibuat adalah kerana perjuangan Islam di negara ini memerlukan penglibatan kedua mereka, sama penting dengan tokoh juang yang lain.
Berita yang kurang enak didengar sudah sampai ke Minda Rakyat bahawa kemungkinan ada pihak yang akan cuba 'membunuh' mereka dengan cara terhormat, seperti kemalangan jalanraya dan sebagainya. Risiko ini adalah perkara biasa dalam perjuangan Islam. Walau bagaimana pun atas kehendak Allah tidak akan berlaku sesuatu perkara jika kita berwaspada dan sentiasa mengingatiNya!
Ini hanya satu peringatan dari Minda Rakyat.~MR