13 Ogos, 1999 - Meneliti ucapan ketika menyambut kepulangan Azhar Mansor, di Langkawi yang disiarkan melalui TV3 semalam, PM Maha Firaun menegaskan bahawa 'Azhar', pelayar yang didakwa cemerlang itu, kini adalah contoh terbaik bagi 'Melayu baru' di negara ini.
Minda Rakyat ingin bertanya kepada PM Maha Firaun itu, apakah itu sandaran seorang muslim bagi model contoh terbaiknya? Maaf kepada saudara Azhar, itu belum lagi dihitung niat perjalanan dan pengembaraannya, belum dikira tentang kewajipan 5 waktunya sama tertunai atau tidak, walau di tengah lautan.
Allah menggariskan di dalam Al-Quran bahawa hanya RasululLah menjadi contoh teladan yang terbaik bagi umat manusia, bukan manusia lain. Kita semua adalah sama dalam perjalanan mencari sebuah diri yang ditinggalkan panduannya oleh Rasulullah s.a.w.. Jadi mengapakah kita harus berkiblat kepada manusia bernama 'Azhar' sebagai contoh?~MR