Mengapa Hamid Othman Tidak Tahu Selama Ini?

13 Ogos, 1999 - Berita penyebaran buku ajaran agama Kristian di sekitar Pulau Pinang, yang didakwa berbahasa Melayu bukanlah perkara baru di negara kita. Dan apa yang lebih mengejutkan ialah gereja-gereja di seluruh Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa upacara keugamaan mereka. Mengapakah Hamid Othman tidak tahu ini semua?

Ini amat jelas kepada rakyat negara ini Hamid Othman, selaku ulama dalam Kerajaan BN lebih senang mencanangkan agenda membodek dan mengampu, daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Menteri yang berugama Islam.

Kepada 'Mid Man' Minda Rakyat ingin mengambil kesempatan supaya beralih arah kepada kepentingan ugama Islam itu sendiri sebelum anda bercakap-cakap bahasa politik kepada orang lain. Jangan bercakap hanya semata nak memburukkan berita internet, hingga anda sanggup mengatakan buku itu dipetik dari internet. Mid Man dah bacakah buku itu?~MR