14 Ogos, 1999 - Keputusan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, beberapa hari lalu yang mengumumkan keputusan kabinet yang bermesyuarat minggu ini untuk membatalkan cadangan pengkorporatan hospital, ada kaitannya dengan perjuangan reformis internet.
Cadangan pengkorporatan menjadi satu daripada agenda utama para reformis siber dan penekanan serta komitmen oleh para webmaster, membuktikan bahawa kesedaran dan pro kontra yang yang dikemukakan amat berkesan hingga akhirnya kerajaan mengalah dalam isu ini.
Sebagai salah satu ruangan yang memberikan 'highlight' kepada isu ini, apatah lagi Hospital Besar Ipoh pula yang menjadi sasaran pertama pengkorporatan ini, Minda Rakyat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih menyebelahi rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan.
Bagaimana pun, reformis siber diharap tidak jemu untuk menghujah perkara ini di masa hadapan, memandangkan kita tidak boleh bergantung sepenuh kepercayaan kepada kerajaan dalam hal ini. Kepada yang terlibat Minda Rakyat mengucapkan syabas, anda telah berjaya dalam satu perjuangan!~MR