14 Ogos, 1999 - Selain bertindak menurunkan bendera di waktu malam, komando UMNO sudah berani mengganggu siri-siri ceramah anjuran parti alternatif. Kejadian mencabut pemidang (banner) yang berfungsi sebagai pengumuman beberapa siri ceramah yang diadakan di Dataran Mat Sabu, Kg. Sungai Tapah, Ipoh, adalah bukti kerakusan komando UMNO dan mereka mencari helah untuk pergaduhan.
Dataran Mat Sabu terletak di bawah ADUN Manjoi, Nazri Haji Ismail yang merupakan seorang bekas pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh. Maklumat yang diterima, komando UMNO ini mendapat arahan beliau untuk melaksanakan kerja mengoyak dan mencabut pemidang hingga komando UMNO ini tidak berasa takut melaksanakan kerja ini kerana dilindungi.
Minda Rakyat menyeru kepada saudara Nazri ADUN Manjoi, supaya lebih demokratik dan usah berasa bimbang melihat arus kebangkitan rakyat terutama di kawasan saudara. Manjoi adalah antara kubu kuat UMNO yang berjaya ditembusi PAS dan parti Alternatif, yang suatu masa dahulu menyifatkan PAS sebagai "parti gile".~MR