Sembahyang Hajat Bersama Datuk Hassan Ali

14 Ogos, 1999 - Rakyat berugama Islam terutama dalam lingkungan Lembah Kinta dipelawa untuk bersembahyang hajat memohon restu Ilahi agar kita diberikan kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang, serta dipohon kesejahteraan dan keamanan semasa dan selepas pilihanraya, bersama-sama Datuk Dr. Hassan Ali.

Majlis berkenaan yang diadakan di kawasan lapang berhampiran dengan Sekolah Menengah Gunung Rapat Ipoh, pada 19 Ogos, 1999 iaitu hari Khamis malam Jumaat depan. Para penyokong reformasi dan keadilan serta mujahid sekelian adalah diundang untuk bersama solat hajat ini dan seterusnya meng'amin'kan doa yang akan dibaca oleh Datuk Dr. Hassan Ali.~MR