15 Ogos, 1999 - Perhimpunan Bersama Rakyat dua hari lalu, menyaksikan rakyat membanjiri Dataran Mat Sabu, Kg. Sg. Tapah, Ipoh dengan anggaran kehadiran sekitar 40,000 - 50,000 orang. Majlis yang dianjurkan oleh PKN itu mendapat sambutan begitu hangat pelbagai kaum yang mahu mendengar hujah dari Barisan Alternatif terhadap "Fitnah-fitnah Baru Mahathir".
Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Hamdan Taha, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak dan Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik DSAI. Majlis yang bermula kira-kira jam 9 malam menyaksikan kehadiran pelbagai kaum, terutamanya bangsa Melayu, China dan India.~MR