15 Ogos, 1999 - Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Ramli 'Marcos' mendesak anggota dan para pegawainya, supaya meneruskan projek lumba kuda yang didakwanya merupakan antara projek mega yang mesti diteruskan.
Desakan itu menimbulkan keresahan di kalangan para pegawai yang terlibat di peringkat penyediaan dan teknikal seperti Pejabat PTG Perak, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Ipoh dan lain-lain jabatan yang terlibat, yang mendakwa mereka tidak dapat mengelakkan diri dari "dosa kering" kerana bersekongkol dalam urusan perjudian.~MR