Rakyat Mesti Sedar Akibatnya!!

15 Ogos, 1999 - Sebaik sahaja projek 'mega' Ramli Marcos yang baru dilaksanakan, penduduk Islam dan  bukan Islam yang merupakan kelompok 'marhain' di sekitar lokasi gelanggang lumba kuda yang baru iaitu di Jalan Ipoh - Chemor, seharusnya menyedari akibat perlaksanaan itu.

Akibat yang pertama ialah 'bala dari Allah' kerana meneruskan maksiat dan merelakan diri mereka dizalimi melalui projek mega kemegahan Ramli Marcos itu. Bala Allah yang dimaksudkan ialah menimbulkan kebencian dan permusuhan di kalangan umat manusia, sebagaimana firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari melaksanakan pekerjaan itu)" - Al Maidah:91

Mengikut maklumat yang diterima projek ini akan menggantikan pada Lumba Kuda sedia ada di Jalan Tambun, Off Jalan Brash yang dikatakan tidak strategik dan sempit.

Padang Lumba Kuda yang baru bersaiz 203 ekar merupakan 1/4 daripada pembangunan bercampur yang akan dimajukan bersama dalam projek 'mega' itu.~MR