Ramli dan Mahathir Satu "Kepala"

19 Ogos, 1999 - Anak didik Maha Firaun ini didakwa "satu kepala" oleh para pegawai dan barisan exco Kerajaan Negeri Perak. Ini adalah kerana beliau 'amat berkuasa' ke atas sesuatu hinggakan kepada perkara yang tidak sepatutnya beliau luluskan (kerana boleh diluluskan oleh pegawai bawahan), sebaliknya mesti diserahkan untuk kelulusannya sendiri.

Umpamanya, dalam pemberian tanah, keluasan 5 ekar dan kebawah, maka Pengarah Tanah dan Galian mempunyai kuasa untuk memberikan kepada sesiapa yang layak untuk dipertimbangkan berdasarkan syarat tertentu. Tetapi realiti yang berlaku ialah perkara ini mesti dirujuk kepada Ramli Marcos dan beliau sahaja yang mesti meluluskan.

Kedua, jika kes permohonan mengeluarkan hasil hutan yang tidak melebihi 50 tan  kayu balak, maka Pengarah Perhutanan Negeri berkuasa untuk meluluskannya dengan syarat tertentu, tetapi realiti yang berlaku, Ramli Marcos tetap mahukan beliaulah yang meluluskannya.

Justeru itu beliau dipanggil "Marcos" yang bertindak mengaut harta anak negeri ini, kecil mahu pun besar, tanpa menghitung perasaan pegawai-pegawai bawahannya dan juga perasaan rakyat jelatan yang telah mengundinya.

Kepada penduduk Kg. Gajah di mana kawasan ADUNnya, Ramli Marcos menyediakan mereka dengan lebuhraya dan projek-projek kemegahan dan pembaziran, termasuk terowong massa di Pasil Salak. Para pengundi beliau tidak tahu bahawa di bandaraya Ipoh, Ramli Marcos melaksanakan ketamakan, ketidakadilan, kekejaman dan kezaliman terhadap seluruh rakyat negeri ini.

Minda Rakyat menyeru kepada penduduk Kg. Gajah, tolak anak didik Maha Firaun itu kali ini. Selagi beliau berkuasa, samalah kita hidup seperti tikus yang akan mati di dalam guni beras!~MR