15 Ogos, 1999 - Isu yang sedang hangat diperkatakan oleh media perdana kerajaan termasuk kenyataan para kabinet Maha Firaun itu kini ialah penderhakaan kepada negara, kerana 'kununnya' membawa dokumen rasmi ke luar negara.
Setelah meneliti ucapan Ezam pada 13 Ogos lalu di Dataran Mat Sabu, Minda Rakyat merumuskan tidak begitu tepat jika dikatakan dokumen rasmi yang disimpan di luar negara dan tidak tepat juga dikatakan DSAI kerjanya mengumpulkan dokumen itu sepanjang kerjayanya sebagai TPM dan tidak tepat malahan tidak logik DSAI mempunyai konsfirasi untuk menjatuhkan Maha Firaun itu berdasarkan pengumpulan maklumat berkenaan.
Hujah ketiga-tiga perkara di atas mesti dilihat dengan teliti dan difikirkan dengan bijaksana. Umpamanya dokumen rasmi yang didawa itu sebenarnya mengandungi penyelewengan para Menteri dalam kabinet Maha Firaun itu, hatta termasuk aktiviti Maha Firaun itu sendiri. Oleh kerana itulah mereka menafikan sekeras-kerasnya dan ke semua para menteri mengatakan DSAI penderhaka negara, kerana bimbang tembelang mereka diketahui rakyat negara ini dan dunia amnya.
Kedua, pengumpulan dokumen ini dalam pelbagai jabatan kerajaan mahu pun di luar kerajaan. Berbagai penyelewengan harta negara ini melibatkan berbagai jabatan kerajaan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dan justeru itu tidak mungkin DSAI mengumpulnya seorang diri, melainkan dengan kerjasama semua pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan projek yang zalim dan diselewengkan serta menindas orang lain atau mengagihkan proijek tanpa persetujuan pihak yang lain.
Oleh itu maka tidak tepat jika dikatakan ini konsfirasi DSAI mahu menjatuhkan Maha Firaun itu melainkan dengan sebenarnya penyelewengan harta negara oleh Maha Firaun ini tidak direstui oleh DSAI yang merupakan antara orang penting yang mesti memberikan kerjasama bagi melicinkan kerja merompak dan merampas harta negara.
Berdasarkan ketiga-tiga fakta ini, rakyat mesti menolak kezaliman Kerajaan BN kerna mereka telah menzaliminya dengan mencipta berbagai fitnah dan memenjarakan beliau dengan tidak memberikan kesempatan dan ruang untuk membela dirinya di mahkamah rakyat atau melalui media bagi menjelas serta menerangkan atau mengemukakan hujah beliau.~MR
Ke Menu Utama