Nenek Malukan Ramli Marcos!
15 Ogos, 1999 - Pelancaran Ekspo Hari Peladang di Padang Majlis Bandaran,
Parit Buntar oleh Ramli Marcos pada hari Khamis, 12 Ogos 1999, membawa petaka
kepada dirinya.
Semasa persembahan pancak silat dimulakan, seorang perempuan yang umurnya
dalam lingkungan 60an telah naik kepentas VIP dan membuka langkah silat
dihadapan MB sebaik saja gendang silat dipalu. Beberapa orang polis
wanita cuba untuk mengawalnya tapi ditepis dan meneruskan persembahannya.
Hadirin sekitar 600 orang terhibur dan terkejut dengan apa yang terjadi, tak
kurang juga yang malu termasuk penganjur.
Nenek tesebut memberhentikan persembahannya apabila paluan gendang
diberhentikan. Beliau turun dari pentas khas dan menyunting sekuntum
"BUNGA TAHI AYAM" daripada banyak banyak pasu bunga yang dijadikan
hiasan pentas. Nenek mempersembahkan bunga tahi ayam itu kepada Ramli
Marcos dengan diperhatikan oleh tetamu khas, jemputan dan hadirin.
Komen: Apakah Ramli Markos hanya layak diberikan bunga tahi ayam?
Kalau nenek yang sudah masak dengan perjuangan UMNO (United Mamak National
Organisation) kita yang muda dan mengaku terpelajar ni tunggu apa
lagi..............~MR
Terima Kasih Anak Polong - Parit Buntar