16 Ogos, 1999 - Tindakan polis yang meluluskan permit secara serentak kepada PAS dan PKN pada sessi ceramah 13 Ogos, lalu dianggap sebagai satu usaha memerangkap penyokong parti-parti alternatif itu dan usaha untuk memecahbelahkan mereka.
Maklumat yang diterima menyatakan dua sessi ceramah yang jauhnya hanya beberapa ratus meter antara satu sama lain diluluskan kepada PKN dan satu lagi kepada PAS, dengan kejayaan usaha pihak polis meminda sessi ceramah PKN pada hari tersebut. Sessi ceramah tersebut bertempat di Dataran Mat Sabu, Kg. Sg. Tapah, Manjoi oleh PKN dan Jalan Datuk, Kg. Manjoi, Ipoh oleh PAS.
Taktik ini dipercayai sebagai cubaan untuk memerangkap para penyokong Barisan Alternatif yang merasa terkeliru dengan sessi ceramah politik, sebagai satu-satunya saluran mereka untuk bertemu rakyat bagi menjelaskan segala komitmen mereka seandainya berkuasa kelak.~MR