16
Ogos,1999 - Cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim
Ali, yang akan mengemukakan cadangan supaya digubal satu akta baru membabitkan
kesalahan mengkhianati negara untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi
Umno akan datang sangat dialu-alukan oleh rakyat.
Beliau disifatkan sebagai berkata sudah sampai masanya satu Akta Pengkhianat
Negara diperkenalkan bagi menghukum mereka yang didapati mengkhianati negara
sendiri. Putera Katak itu mencabar Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd. Nor supaya
membuktikan dakwaannya bahawa berlakunya penyelewengan dalam negara dan tidak
hanya membuat kenyataan semata-mata untuk menimbulkan isu sensasi.
Walau bagaimana pun pengkhianat
negara itu mestilah merujuk kepada tindakan seseorang yang mengkhianati negara
bukan mengkhianati UMNO atau mengkhianati PM Mahathir, kerana UMNO itu bukan
negara Malaysia dan Mahathir hanya seorang PM, bukan negara.
Sebaliknya jika seseorang berjaya dalam usahanya mengkhianati UMNO atau PM Mahathir demi kebenaran dan keadilan serta demi kepentingan ramai, maka ia selayaknya diiktiraf sebagai pejuang negara!!~MR