16 Ogos, 1999 - Nasib kedua-dua pemimpin pemuda dan wanita UMNO iaitu Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman adalah sama kerana 'disingkir' dengan cara terhormat. Kedua-dua melonjak naik dalam UMNO sebagaimana sedia maklum adalah dalam kem DSAI.
Justeru itu Mahathir melakukan 'pembersihan' anggota kabinetnya dari 'najis Anwar' hinggakan segala tindakannya bersifat diktator itu tidak berani disanggahi oleh mana-mana Menteri dalam Kabinet Maha Firaun itu.
Zahid disingkir setelah menyatakan simpatinya kepada DSAI dan beliau telah ditahan di bawah Akta Neraka (ISA) selama beberapa minggu. Namun akhirnya Zahid menafikan sokongannya. Akhirnya nasib Zahid dalam UMNO sudah kelam, gara-gara sendiri yang lebih menjaga 'perut' dari kebenaran dan keadilan.
Zaharah pula bakal tersingkir setelah cuba mengubah barisan exco wanitanya dan perkara ini tidak mendapat restu PM Mahathir. Selama beberapa hari Zaharah menyimpan satu perasaan semacam membungkam terhadap PM Mahathir hingga tidak mahu menemui para wartawan dan pihak media.
Minda Rakyat berpendapat pemuda dan wanita UMNO senasib. Jika mereka membiarkan diri mereka di'sembelih' oleh Maha Firaun itu, ertinya mereka gadaikan segala kekuatan, maruah dan masa depan parti dan tidak selayaknya mereka menjadi pemimpin negara masa hadapan kerana dayus dan pengecut!!~MR