150,000 permohonan sertai PAS

 

BESUT: Minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai PAS sekarang meningkat dengan mendadak sekali sehingga dalam tempoh sebulan angkanya meningkat kepada 150,000 permohonan.

Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor berkata, keadaan itu berlaku kerana kepekaan masyarakat terhadap perjuangan Islam yang didokongi PAS.

"Peningkatan tersebut dialami di seluruh negara termasuk Selangor yang sebelum ini sukar untuk PAS bertapak," katanya pada majlis ceramah PAS anjuran Jawatankuasa Tadbir Sementara PAS Kawasan Besut, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Wan Mutalib Embong dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Sementara PAS Besut, Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Dato' Fadzil berkata, di Ulu Langat sahaja, sebanyak 1,000 permohonan menyertai PAS diterima dan 150 orang daripadanya terdiri dari pensyarah universiti.

"Ini baru saja di Hulu Selangor, belum lagi dikira seluruh Selangor atau negara... tentu ramai lagi," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana masyarakat di Besut semakin memberi komitmen pada perjuangan PAS walaupun ia sedang diganggu gugat pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau berharap jentera PAS Besut mempertingkatkan perjuangan bagi menawan Terengganu.

Ihsan: Harakah