KENYATAAN AKHBAR SDR. ANWAR IBRAHIM
16 Ogos 1999

Sepertimana yang dijangka, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional gelabah dan bimbang dengan kenyataan bahawa terdapat dokumen di dalam dan luar negara.

Memang benar sepertimana yang saya nyatakan pada bulan September 1998 yang lalu bahwa saya punyai dokumen yang membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan saya. Dan, saya punyai cukup bukti untuk menunjukkan bahawa Dato Seri Dr. Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan beberapa pemimpin terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Sebagai  rakyat  yang  patriotik  dan  cintakan  negara,  adalah  menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Adalah satu pengkhianatan bagi  sesiapa  jua  yang  melindungi  atau mempertahankan perasuah.

Dokumen-dokumen yang terdapat dalam simpanan saya berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak menyimpan dokumen yang berkaitan dengan keselamatan negara.  Percubaan para kroni dengan dokongan media tempatan membesarkan isu keselamatan negara adalah bertujuan mengalih pandangan rakyat dari isu pokok iaitu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Rakyat yang bertanggungjawab, patriotik perlu terus mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap perasuah. Saya telah mengeluarkan tiga bukti dalam lapuran-lapuran Polis. Pertama, dalam kes kertas pendakwaan Jabatan Peguam Negara, yang melibatkan Dato Paduka Rafidah Aziz. Kedua, dalam kes Perwaja yang melibatkan Dato Seri Dr Mahathir kerana meluluskan kontrak dan projek sebanyak berbillion rirggit tanpa tender dan peraturan kewangan. Dato Seri Dr. Mahathir terlibat kerana berpakat dengan Tan Sri Eric Chia. Dan ketiga, rasuah dan pecah amanah jenayah yang melibatkan Tun Daim Zainuddin yang menerima ratusan juta ringgit dari tiga tokoh korporat.

ANWAR IBRAHIM