17 Ogos, 1999 - Semasa berucap dihadapan kira-kira 150 orang di Dataran SUK, Ipoh, pagi semalam, Ramli "Marcos" terus berbohong kepada kakitangan awam yang berhimpun.
Beliau berterima kasih kerana membantu menjayakan lawatan Maha Firaun ke negeri Perak dan bangga kedatangan tetamu di Stadium Perak yang berjumlah 60,000 orang, tanpa menyebut, mengapakah kamu semua keluar awal sebelum aku dan Maha Firaun habis berucap?
Selain itu beliau mengungkapkan bahawa negara sedang mengalami proses pemulihan ekonomi yang sudah diperkatakan sejak setahun lalu, tapi tak pulih-pulih pun. Oleh itu beliau mempertahankan projek mega seperti Putrajaya, tidak dianggap membazir, walaupun negara sedang dalam pemulihan ekonomi.
Ramli Marcos seterusnya mempertahankan pengambil Tanah Simpanan Melayu (TSM) bagi projek mega seperti Putrajaya dan lain-lain projek, tanpa mengambilkira bagaimana mahu menebus semula atau menggantikan semula 800,000 hektar TSM yang lucut hakmilik dan tergadai kepada pembangunan negara.
Ramli Marcos mendakwa MSC membantu kakitangan kerajaan yang kini mahir dalam kecekepan komputer. Tak tahu sejak bila MSC banyak membantu kerana projek itu sedang dalam penyempurnaannya.
MB Perak itu terus berbohong tanpa menyedari dirinya terus dibenci oleh majoriti kakitangan awam negeri Perak kerana dasar 'keakuannya' dan sepanjang 15 tahun memegang jawatan itu, negeri Perak yang kaya dengan hasil mahsyulnya seperti bijih timah dan kini kayu balak, namun rakyatnya terus miskin dan hidup merempat "papa kedana". Dengan keluasan tanah berjuta hektar, tetapi beratus ribu rakyat masih belum ada tanah.
Begitulah kejayaan Ramli Marcos, jika mahu diukur. Beliau kini antara MB yang paling kaya dan pastinya suatu hari kita akan menyaksikan pembalasan Allah terhadap beliau di atas penyelewengan yang dilakukan.~MR