Astora Sepanjang Yang Saya Kenali

Nama Astora JB begitu terkenal dengan penulisan dan perkembangan negera Timur Tengah. Oleh itu tidak hairan isteri beliau seorang warga negara Algeria. Astora sendiri adalah warga Pattani dan beliau bebas memasuki negara yang diharamkan Malaysia masuk, seperti Israel.

Menuntut di Algeria dan saya yakin beliau berkenalan dan menemui isterinya ketika itu. Sekitar awal 90'an beliau bertugas di Mesir. Pandangan dan penulisan beliau lebih condong kepada tidak memihak Islam, walaupun beliau selalu menulis mempertahankan Islam dengan akhir ayat 'tetapi..'

Tulisan Astora Jabat dalam MM minggu lalu amat menyinggung perasaan saya sebagai seorang Islam, kerana secara beliau sedar atau tidak beliau menghina hukum Allah dan sahabat Nabi iaitu Umar Alkhattab. Perasaan saya lebih tersinggung apabila mengetahui beliau berasal dari Pattani walau pun kini saya rasa beliau sudah menjadi warganegara Malaysia.

Kadangkala perjuangan Islam lebih berat dugaannya apabila menghadapi musuh dalam selimut!!

Polong Cyber