17 Ogos, 1999 - Rakyat negeri ini pasti berbangga apabila melalui Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh kerana disitu terasa nikmat pembangunan lebih dicurahkan. Walau pun dalam Islam pembangunan tidak dilarang, namun perlaksanaannya hendaklah berasaskan konsep 'keadilan'.
Umpamanya jika semua bangunan disesuatu tempat berdinding kayu, keadilan harus kita laksanakan dengan tidak mendirikan rumah batu di sekeliling himpunan rumah berdinding kayu. Tentunya para ilmuan ugama dapat menjelaskan hal ini, iaitu konsep keadilan dalam perspektif Islam.
Namun projek gajah putih Bangunan Perak Darul Ridzuan pada awalnya disifatkan 'terlalu mahal' kerana fasa 1 berharga RM6 juta dan di'sub'kan hingga 6 kali. Kontraktor ke 7 yang melaksanakan kerja masih boleh beli Mercedes!! Fasa ke 2 RM6 juta lagi sebagaimana dilihat sekarang.
Selain daripada itu, bangunan baru Pejabat kerajaan itu hanya menempatkan sebahagian sahaja kakitangan awam yang dahulunya bertenat-tenat dalam bangunan lama di hadapannya. Bahagian penting seperti Pejabat MB dan kroninya, Pejabat Bendahari, Pejabat-pejabat SUK, dan jabatan terdekat dengan Ramli "Marcos" itu ditempatkan di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang baru dan canggih, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai "Sea Gate" kedua di Ipoh.
Manakala pelbagai jabatan kerajaan yang tidak tersenarai dalam kroni, masih tinggal di bangunan lama, bergerak cara lama dan disisihkan. Demikianlah bangganya kemajuan dan nikmat pembangunan 'ala Ramli Marcos'. Sebahagian anaknya bersekolah dan sebahagian lagi tercicir dalam perjalanan ke sekolah!!~MR